|
Maklumat AM | Peraturan | Kategori & Acara | Yuran | Tarikh Penting | Pertanyaan | Utama PERATURAN PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Peraturan World Athletics (WA) dan Malaysia Athletics (MA) kecuali jika dinyatakan sebaliknya. ACARA-ACARA PADANG · PAPAN LOMPAT KIJANG - Ditetapkan oleh Refri selepas berbincang dengan semua peserta yang bakal bertanding. Hanya dua (2) jarak papan akan digunakan selepas mengambil kira pilihan semua peserta · Peserta tertakluk kepada peraturan termasuk berat peralatan dalam kumpulan umur yang disertai · Peserta yang hendak menggunakan peralatan sendiri hendaklah menyerahkan Peralatan tersebut kepada penganjur 12 jam sebelum masa acara dijalankan dan peralatan tersebut boleh digunakan oleh semua peserta yang mengambil bahagian PENANDA · Penanda akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang penanda selain yang disediakan penganjur PENYERTAAN SERENTAK · Peserta bertanggungjawab memaklumkan Ketua Hakim jika terlibat dengan 2 atau lebih acara yang dijalankan serentak ACARA-ACARA BALAPAN SEPARUH AKHIR (acara 100m) · 2 separuh akhir - 3Q & 2q; 3 separuh akhir - 2Q & 2q; 4 separuh akhir - 1Q & 4q; 5 separuh akhir - 1Q & 3q; 5 atau lebih separuh akhir - 8q · Bagi semua acara 80m Hurdles, 100m Hurdles, 80m Hurdles, Relay, 120m, 150m, 300m, 400m, 800m, dan 1500 m pemenang ditentukan melalui catatan masa terbaik SALAH MULA · Satu (1) salah mula dibenarkan dalam permulaan setiap acara balapan bagi kategori umur 6 tahun hingga 11 tahun. Bagi lain-lain kategori umur yang tidak dinyatakan dalam perkara 8.3.1, TIADA SALAH MULA DIBENARKAN MELAPOR DIRI · Hebahan untuk melapor diri tidak akan dibuat. Sila rujuk Jadual Lapor Diri yang diedarkan · Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Hakim Bilik Panggilan mengikut ketetapan · Acara Balapan - 40 minit sebelum masa acara. Peserta akan meninggalkan bilik panggilan 15 minit sebelum masa acara dijalankan · Acara Padang - 45 minit sebelum masa acara. Peserta akan meninggalkan bilik panggilan 30 minit sebelum masa acara dijalankan · Refri bilik panggilan boleh menghantar peserta ke arena lebih awal daripada masa meninggalkan bilik panggilan JIKA semua peserta sudah melapor diri BANTAHAN · Tiada BANTAHAN BERTULIS dibenarkan · Semua bantahan mengenai keputusan atau hal-hal yang berkaitan pertandingan boleh dikemukakan secara lisan kepada refri untuk diselesaikan secara ‘MENANG-MENANG’ · Jika didapati berlaku keputusan tidak adil kepada mana-mana peserta atau pasukan, penganjur berhak menjalankan semua pertandingan atau mana-mana tindakan yang dipersetujui bersama pihak berkepentingan HADIAH-HADIAH · Sijil Penyertaan kepada semua peserta · Acara Individu - Pingat diberikan sehingga tempat ke 3, KECUALI bagi acara 3000m dan 5000m - pingat akan diberikan sehingga tempat ke 6 · Acara Berpasukan - Empat (4) Pingat diberi kepada pemenang PERALATAN PERTANDINGAN. · Semua alat pertandingan akan disediakan oleh Penganjur BAGAIMANAPUN, peserta boleh menggunakan peralatan sendiri dengan menyerahkan peralatan tersebut kepada jawatankuasa Teknikal Pertandingan untuk verifikasi dan pengesahan 12 jam sebelum jadual acara. Jika diluluskan, alat tersebut juga boleh digunakan oleh peserta lain yang mengambil bahagian · Blok permulaan wajib digunakan dalam acara-acara 100 meter hingga 400 meter dan pelari pertama acara lari berganti-ganti, KECUALI peserta 6 - 11 tahun, penggunakan blok tidak DIWAJIBKAN · Catatan Masa Semi Elektronik (Semi ET) digunakan dalam Kejohanan ini |